Selasa, 31 Mei 2016

Senarai Pengedar BANGKIT! #1


BANGKIT! #1 turut berada dalam distribusi rakan-rakan pengedar kami di seluruh negara. Berikut adalah senarai [dikemaskini dari masa ke semasa] untuk korang hubungi dan berikan sokongan:

DDT DISTRO [Selangor]
facebook.com/ddtdistro
facebook.com/nizang

RAUNG RECORDS [Perak]
facebook.com/raung.rekod
facebook.com/yusmadi.jayus.5

RAY YUNUS [Sabah]
facebook.com/shutzine.ray

YOUTH CRIME RECORDINGS [Selangor]
facebook.com/YouthCrimeRecordings
facebook.com/youthcrime

ZUATH GENERATION DISTRO [Johor]
facebook.com/ZUATH-Generation-Distro-1695016894043773
facebook.com/awe.donde.18

HVTAM STORES [Perak]
facebook.com/Hvtamstores
facebook.com/MisterJep

MIKA RØTTEN [Sabah]
facebook.com/muhammad.mikail.3

BEBAL MAILORDER [Melaka]
facebook.com/bebalmailorder
bebalmailorder.blogspot.com

NOISE HIPSTER DISTRO / TEMPANG RECORDS [Selangor]
■ facebook.com/noisehipster.distro
facebook.com/TempangRecords
facebook.com/hadi.painkiller

BERANI MUNTAH DISTRO [Sabah]
facebook.com/beranimuntahdistro

GREEN PEACE DISTRO [Johor]
facebook.com/Green-Peace-Distro-828902057131372
facebook.com/firdaus.teriak

WASTED YOUTH / KODI AMAIN [Kelantan]
facebook.com/kodiamain

DEATHSALES DISTRIBUTION [Selangor]
■ facebook.com/deathsales
■ death-sales.blogspot.com

Isnin, 30 Mei 2016

BANGKIT! FANZINE – Isu #1


Edisi Pertama BANGKIT! FANZINE telah terbit dan mula diedarkan pada 30 Mei 2016. Interbiu bersama KROSOTKLABU ASAPJOHN MACBARENDISOBEYANGKARALANGGAR LARI dan sebuah temubual lama bersama CARBURETOR DUNG diambil dari Nathias Zine #2 (1994). Juga wawancara khas bersama YOUTH CRIME RECORDINGS berkaitan kompilasi Penentangan Berterusan. Kolum "Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!" menampilkan penulisan dari Benny Pangazou (Con-damn The Corruptor). Isu ini turut memuatkan ruangan rebiu CD, Kaset dan Literatur serta artikel, berita dan sebagainya! Ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali interbiu bersama Carburetor Dung. 40 mukasurat saiz A5. 

Harga: RM5 senaskah tidak termasuk kos pengeposan.
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570





Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA untuk yang minat membantu pengedaran Bangkit! Fanzine – sila berhubung! [lihat senarai pengedar]

Jumaat, 27 Mei 2016

Rebiu | KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT


KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT
Headhunter Records
“Pada tahun 2014, banyak tangkapan dibuat dibawah Akta Hasutan kerana berlainan pendapat dan menyatakan kebenaran. Kami tuntut Akta Hasutan dimansuhkan kerana ia melanggar hak asasi kebebasan bersuara rakyat Malaysia.” – penyataan ini dicetak pada helaian info yang dilampirkan bersekali dengan pakej CD di mana inilah yang menjadi asas utama empat band berganding dalam satu rilisan split dan menyuarakan pendapat yang sama; menentang dan menolak Akta Hasutan. KAMI PENGHASUT menampilkan band-band punk Negara Dunia Ketiga; RoundOff 40 (Sabah), Con-Damn The Corruptor (Sabah), Dum Dum Tak (Kuala Lumpur) dan Mokers (Malang, Indonesia). Setiap band menyumbangkan 5 buah lagu kecuali Dum Dum Tak dengan 6 lagu. Kesemuanya terhimpun 21 buah lagu dan durasi keseluruhan CD ini 61:36 minit. Satu rilisan yang baik, himpunan muzik Punk Rock yang lazat dan menyeronokkan. Satu jam yang bukan sekadar hiburan kosong tetapi penuh pengisian dari mesej-mesej yang disampaikan setiap band. Diterbitkan oleh Headhunter Records – mohdaidil.pangazau.pulianabdul@gmail.com dan turut dibantu edaran oleh DDT Distributions – ddtdistro.storenvy.com.

Rabu, 25 Mei 2016

Rebiu | DUM DUM TAK – Pergi Mampus


DUM DUM TAK – Pergi Mampus
Self-released
Rilisan ini aku anggap eksklusif sifatnya, dikeluar-edarkan dalam format CD-R secara independen oleh Dum Dum Tak. Ia adalah himpunan 4 buah lagu di mana 3 daripadanya dikutip dari lagu-lagu yang pernah ditampilkan dalam beberapa kompilasi yang mereka sertai. Lagu pertama, Pergi Mampus adalah sebuah lagu unreleased – tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana rilisan sebelum ini. Seterusnya, Aksi Reaksi dipetik dari kompilasi Give & Take manakala lagu ketiga Rupa Tanpa Wajah yang merupakan saduran lagu asal kumpulan Kembara diambil dari kompilasi Senandung Pawer-Kord. Track terakhir, Pergi Mampus (Versi Tak Puas Hati) pernah ditampilkan dalam “In Defense of Pop Punk” promo-split bersama Always Last dan anda perlu tahu bahawa track ini tidak ada dalam official split antara Dum Dum Tak / Always Last. Pakej CD ini turut dikepilkan helaian bersaiz A4 dicetak lirik-lirik lagu, info dan juga foto-foto dari aksi ‘live’ Dum Dum Tak. Dapatkanlah rilisan isitimewa ini untuk lengkapkan koleksi Dum Dum Tak anda. Dengarkan bagaimana santai dan sempoinya mereka mengolah dan menyampaikan semula lagu Rupa Tanpa Wajah dalam cara dan gaya punkrock Dum Dum Tak. E-mel: nizangmosh@gmail.com.

Rebiu | DUM DUM TAK – Hentikan Penindasan


DUM DUM TAK – Hentikan Penindasan
Nervhous Records
Pelempang Hardcore Punk! – ini definasi yang digunapakai Dum Dum Tak dalam memberi deskripsi kepada muzikal bawaan mereka. Itu memang tepat. Lagu-lagu Dum Dum Tak memang seakan menempeleng menampar-nampar bertubi-tubi baik dari segi muzik mahupun lirik. Ianya telus dan tulus, terang dan lantang! “Hentikan Penindasan” adalah album debut keluaran awal tahun 2009 dihasilkan band yang dianggotai oleh Dave Danker (vokal/gitar), Ace (dram/vokal), A.B (gitar/vokal) dan Posi-Punk (bass/vokal). Proses rakaman berlangsung di Tonne Studios sekitar September – November 2008 di bawah seliaan Ahmad Zahid Khalid. Rilisan CD ini mempertaruhkan sejumlah 13 buah lagu [durasi keseluruhan 22:30 minit] yang mana sebahagian besarnya dimainkan secara laju dan singkat. Punk buatan Dum Dum Tak kedengaran benar-benar padu dan jitu, tanpa selindung membahaskan segala bentuk kepincangan dalam sistem pemerintahan, isu-isu politik, ekonomi dan juga permasalahan sosial. Biarpun keras dan pantas, lagu-lagu turut diberi sentuhan melodik namun intonasi-nya tetap mengherdik, tanpa was-was. Pada inlay di mana lirik-lirik lagu dicetak tercatat penerangan maksud-maksud setiap senikata yang mereka suarakan. Dum Dum Tak itu berani berdiri atas nama perjuangan dan punk bagi mereka adalah penentangan!! Anda di luar sana perlu dapatkan CD ini dan kita bersama mereka laungkan satu suara: Hentikan penindasan. Hentikan kemiskinan. Hentikan kebuluran. Inginkan kebebasan.

Nota: “Hentikan Penindasan” sebenarnya dirilis secara kolaborasi 10 buah label. Selain Nervhous Records, label-label lain adalah The Ricecooker Shop, Brainwash Records, Anock Mayrun Records, Power Pluck Records, Imaginasi Records, Bebal Distro, Lintang Pukang Distro, Green Peace Distro dan Core Rock Moon Records.

Rebiu | BELACAK – Lawan Tetap Lawan


BELACAK – Lawan Tetap Lawan
Submarine Stone Entertainment
Belacak bukan satu nama baru dalam scene tempatan. Kumpulan Punk asal Bentong, Pahang ini sudah ujud sejak tahun 1994 lagi. Mereka telah lalui zaman suka-duka jatuh-bangun dalam bermuzik. Sekian lama menghilang, Belacak dibentuk semula dan merilis EP “Lawan Tetap Lawan” sekitar tahun 2014 di mana line-up semasa rakaman terdiri daripada May (vokal), Shadiq (gitar pertama), Nawwar (gitar kedua) Bikbok (bass) dan Noor (dram). Materialisasi “Lawan Tetap Lawan” seakan-akan meraikan ulangtahun ke-20 eksistensi Belacak. Difahamkan 7 buah lagu dalam EP ini adalah gabungan gubahan lama dan ciptaan baru dirakam secara profesional. Memang kualiti bunyi yang dapat dihasilkan begitu baik. Kesemua lagu sedap dilayan, cukup perisa irama Punk Rock-nya, kedengaran garang dan penuh keberangan, sesekali catchy dan bermelodi. Belacak turut menyulam elemen-elemen street rock dan oi! dalam penulisan lagu-lagu mereka. Cukup berbaloi kepulangan Belacak ke dalam scene dan harapnya mereka terus berkarya. Rebiu ini diakhiri dengan kata-kata keramat dipetik dari sebuah lagu dalam EP ini: Lagi Ditekan. Lagi Kami Lawan!.
facebook.com/belacak94

Ahad, 22 Mei 2016

Rebiu | HVTAM – Isu #2


HVTAM – Isu #2
40ms / A5 / Bahasa Melayu
Semangat Encik Jep selaku editor HVTAM [aku sendiri tak tahu apa maksud di sebalik nama zine ni] rupanya tak pudar, malah kian menyala dan membakar! HVTAM dikembalikan untuk isu kedua yang dicatat terbit pada Mei 2016, kira-kira setahun selepas yang pertama diriliskan. HVTAM #2 menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif, perubahan mendadak dan satu bentuk kemajuan yang aku perlu bagi tabik hormat. Isu kali ini jauh lebih baik dan menimbulkan satu perasaan yang berbeza apabila menyelak dan mentelaah setiap helaian dan paparan zine ini. Paling menarik, isu baru ini menampilkan beberapa temuramah; bersama Cendol’s Dead, Hellexist, Klabu Asap dan sebuah label iaitu Zuath Generation Distro. Konsep temuramahnya difokuskan kepada 5 soalan setiap band / label yang ditemuramah tetapi setiap soalan dikembangkan kepada beberapa pertanyaan juga. Seksyen rebiu (muzik dan bahan bacaan) juga semakin dewasa di mana lebih banyak stuff diberikan kupasan. Gaya ulasan juga dilihat semakin bagus berbanding dahulu. Beberapa artikel dan laporan bergambar sebuah gig turut dijadikan pengisian isu kali ini. Berkat kesungguhan dan keinginan berterusan Jep dalam menghasilkan HVTAM membuatkan aku percaya zine asal Ipoh, Perak ini akan lebih matang di masa-masa hadapan. Cuma kiranya boleh diperkecilkan sedikit saiz font agar lebih banyak bahan dapat dimuatkan dan dimampatkan. Hubungi j3pham@yahoo.com atau facebook.com/misterjep.

Rebiu | HVTAM – Isu #1


HVTAM – Isu #1
40ms / A5 / Bahasa Melayu
Ini adalah isu pertama di mana editornya Encik Jep menganggap sebuah naskah eksperimentasi. Maksudnya satu percubaan untuk menulis, menyuntingkan dan menerbitkan sebuah fanzine sendiri. Dikeluarkan pada Jun 2015, HVTAM #1 ini kandungannya boleh dikata 70% bersifat non-music, di mana editor menulis dan menyiarkan artikel seperti “Tolak Rasisme Sebagai Budaya”, “Kesan Akibat Berhenti Merokok”, “2015 Perang Belum Tamat”, antaranya. Terselit juga 2 – 3 ulasan kaset dan buku. Bahagian paling best dalam isu #1 ini pada aku hanyalah penulisan laporan gig Ipoh Grind Fest Vol.2 [yang berlangsung pada 13 Mei 2015 di Insider Satellite]. Encik Jep bukan sekadar mengupas persembahan band-band di atas pentas, ada juga kisah-kisah backstage yang disentuh. Malah beliau turut melengkap laporannya menceritakan perjalanan, aktiviti apa jua situasi yang dilaluinya sebelum, semasa dan selepas gig. Merealiasikan fanzine ini bagi aku satu usaha terpuji. Jep berani mencabar kebolehan dan kemampuannya biarpun masih banyak ruang untuk beliau ambil tindakan memperkemas dan memadatkan lagi isi-kandung serta keterampilan HVTAM ini. Perlu lebih banyak kajian dan rujukan untuk lebih menyerlah di isu-isu mendatang! Hubungi j3pham@yahoo.com atau facebook.com/misterjep.

Sabtu, 21 Mei 2016

Sampel Halaman BANGKIT! #1





Di atas tu aku dedahkan contoh atau sampel beberapa halaman daripada keseluruhannya 40 mukasurat yang telah siap di-design dan kira ready untuk di bawa ke kedai printing. Jika tiada aral melintang sedikit masa lagi rilis la fanzine punk/hardcore aku ni.

Notasi | TRACKLIST: Penentangan Berterusan ..suara dari Rumah Api dan The Wall!


Berikut adalah senarai lengkap band-band terlibat serta judul-judul lagu dalam cd kompilasi Penentangan Berterusan yang saya rebiu sebelum ini:

01. FIGHT FIELD – manifest everywhere
02. FIGHT FIELD – united as one
03. TRIANGLE – society’s burden
04. DERITA TERUS – siapa?
05. DERITA TERUS – cakap pasal
06. SHARON STONED – deep in shit / screwed ‘til death
07. SHARON STONED – ate the bait
08. NIK SALIM & SAING-SAING – skinhead ‘til i die
09. NIK SALIM & SAING-SAING – cats and dogs
10. BENZOATE – so called liberty?
11. BENZOATE – don’t mess with bruce lee
12. LANGGAR LARI – hamba
13. LANGGAR LARI – manusia gila
14. OSMANTIKOS – the wolf, the darkness and the fear
15. ANNIHILATION TURBO KIDS – hate bait
16. ANNIHILATION TURBO KIDS – whiskey and beers
17. TERSSALAHH – punk and disorder
18. TERSSALAHH – born to party
19. HOMERUN – satisfied
20. HOMERUN – untitled
21. SOUL SAVIOR – maestro
22. SOUL SAVIOR – black box
23. JALAN SEHALA – inglorious hardcore
24. JALAN SEHALA – menunggu mati
25. DUM DUM TAK – genocide
26. DUM DUM TAK – pembangkang yang dibangkang…
27. BAD IDEA – bad idea
28. BAD IDEA – anxiety
29. MEMORIAL – fragile hearts
30. MEMORIAL – black hole
31. VIOLENT ATTACK – tunduk?!?!!

Petikan Rebiu:
Bayangkanlah kalau saya sendiri pengamal muzik Metal Ekstrim berasa teruja, bangga dan meletakkan kehormatan yang tinggi terhadap pembikinan dan pengeluaran kompilasi sebegini, tentunya tidak perlu dolak-dalik dari anda yang secara langsung berada dalam scene Punk / Hardcore tempatan untuk menyokong dan menyusunatur “Penentangan Berterusan” di rak koleksi anda.baca rebiu penuh

Rebiu | V/A – PENENTANGAN BERTERUSAN



V/A – PENENTANGAN BERTERUSAN ..suara dari Rumah Api dan The Wall!
Kalau boleh saya mahu terus sahaja membuat kesimpulan bahawa kompilasi ini WAJIB dimiliki oleh setiap pencinta muzik Punk / Hardcore tanahair. Bayangkanlah kalau saya sendiri pengamal muzik Metal Ekstrim berasa teruja, bangga dan meletakkan kehormatan yang tinggi terhadap pembikinan dan pengeluaran kompilasi sebegini, tentunya tidak perlu dolak-dalik dari anda yang secara langsung berada dalam scene Punk / Hardcore tempatan untuk menyokong dan menyusunatur “Penentangan Berterusan” di rak koleksi anda. Asasnya bukan sekadar rilisan menjana perolehan membantu dua ruang DIY/punk; Rumah Api dan The Wall yang ditimpa musibah tetapi saya lebih melihat kepada terkumpulnya 17 buah band yang membawa satu mesej yang sama; menentang segala macam bentuk penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Begitu menarik kesungguhan yang ditunjukkan, CD kompilasi ini disertai booklet setebal 28 mukasurat yang padat dengan informasi; biografi ringkas, lirik serta foto-foto band. Artikel berkenaan Rumah Api (Ampang) dan The Wall (Batu Pahat) seperti mana tercetak di kulit utama (4 mukasurat) juga sangat berguna kepada pendengar seperti saya. Secara keseluruhan, kesemua 17 buah band terlibat memberikan yang terbaik dari aspek penulisan lagu, kualiti bunyi [biarpun ada 2 atau 3 band yang agak tidak begitu baik mutu sound mereka namun difahamkan kesilapan pilihan lagu semasa dihantar untuk cetakan] serta penjurusan kepada konsepsual “Penentangan Berterusan”. Band-band seperti Tringle, Sharon Stoned, Benzoate Annihilation Turbo Kids dan Jalan Sehala adalah antara yang paling memikat pendengaran saya. Kesemuanya 31 buah lagu (jumlah durasi 58:57 minit) mewakili kelompok Hardcore Punk Malaysia hari ini. Kudus atas usaha keras 6 label; Nervhous Records, Youth Crime Recordings, 88 Creation Records. Rumah Api Records, The Wall Distributions dan 256 Distro yang merealisasikan kompilasi ini dan saya mahukan volume kedua dan seterusnya dikeluarkan!
facebook.com/YouthCrimeRecordings
facebook.com/nervhousrecords

Ekstensi: Senarai Band / Lagu kompilasi Penentangan Berterusan

Rebiu | Dum Dum Tak / Always Last – Split CD


Dum Dum Tak / Always Last – Split CD
Cakera Padat ini keluaran bersama Nervhous, Crysis dan Tenzenmen Records. Sewaktu diriliskan sekitar Oktober 2012, ia dikatakan rilisan susulan kepada Dum Dum Tak “Hentikan Penindasan”  CD dan Always Last “Antidotes” CD, produk-produk best selling Nervhous Records ketika itu. Dum Dum Tak dan Always Last pada asasnya berdiri atas intipati yang sama iaitu Punk Rock namun jika diteliti keduanya sedikit berbeza dari sudut sub-genre. Dum Dum Tak mengetengahkan 6 buah lagu bernuansa-kan Hardcore Punk yang agresif, straight-forward, keras dan telus. Mereka cukup berani dan tanpa perlu berselindung membentangkan isu-isu politikal dan permasalahan sosial dalam nada yang cukup pedas. Inilah bentuk muzik punk yang saya gemari; tidak perlu putar-belit, tepat terus ke muka dalam penyampaian mesej-mesej mereka. Penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam penulisan lirik memberikan kelebihan kepada Dum Dum Tak. Enam lagu selanjutnya dari pihak Always Last bagi saya jatuh di bawah kategori Pop-Punk. Band asal kotaraya Kuala Lumpur ini mementingkan kekuatan melodic, unsur catchy dan permainan gitar yang kemas dalam penulisan lagu. Benar, lagu-lagu Always Last kedengaran menarik dan menangkap, digubah dan disusun dengan baik. Kemantapan vokal turut memperlihatkan betapa bagusnya band ini. Kesemua lagu Always Last adalah dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk mendapatkan CD berdurasi lebih 32 minit ini adalah amat berbaloi kerana split ini memang perlu ada dalam rak koleksi anda!

Sabtu, 7 Mei 2016

Rebiu | Bakteria – Gut Raw D-Beat Assault


Bakteria – Gut Raw D-Beat Assault
Serangan demi serangan D-beat Crust Punk dari Bumi Kenyalang. Bakteria dari Kuching ini perlu diberi perhatian! Tujuh buah lagu disajikan dalam “Gut Raw D-Beat Assault” termasuklah dua daripadanya cover Anticimex; Victim of a Bombraid dan Warmachine. Muzik Bakteria itu sendiri memang best; keras, padu dan beremosi dibantu pula kualiti sound rakaman yang baik. Bakteria digalas oleh Ray Bakteria (gitar/vokal), Manjan Bulat (bass/vokal) dan Paipenis (dram) telah berada dalam scene semenjak pertengahan 2007 lagi maka itu tidak hairanlah kumpulan pemuzik ini dilihat cukup berpengalaman dan semakin matang dalam memberikan yang terbaik terhadap muzik mereka. Selain Amebix, band-band lain seperti Besthoven, Mobcharge dan Warvictims sedikit-sebanyak memberi gambaran tentang kategori muzik Bakteria. “Gut Raw D-Beat Assault” dirilis dalam format Pro-Tape menerusi kerjasama Tempang Records dan Green Peace Distro. Highly recommended!
facebook.com/Bakteria-118609268213106

Rebiu | Pïg-Krüst – Punk Sampai Parai


Pïg-Krüst – Punk Sampai Parai
Ini kaset keluaran Sukma Records. Pïg-Krüst dalam “Punk Sampai Parai” menghidangkan 5 buah lagu; Dunia Tanpa Tuhan, Destroyed Society dan lagu judul itu sendiri Punk Sampai Parai antara lagu-lagu yang cukup sedap didengar. Garapan muziknya cukup jitu dan penuh energi. Dianggotai oleh Paul (vokal), Benben (bass/gitar), Benji (gitar), Gino (gitar) dan Weemee (dram), Pïg-Krüst telah mengusahakan kualiti yang terbaik dalam lontaran muzikal d-beat / metal punk cara mereka – raw dan distorted! Saya juga amat sukakan lirik-lirik lagu mereka yang ditulis puitis serta mendalam maksudnya. Pïg-Krüst antara yang terbaik dari bandaraya Kuching, Sarawak. Punk selamanya!!!

BANGKIT! #1 dalam pembikinan!!


Hampir siap setelah tertangguh beberapa ketika.. edisi pertama BANGKIT! FANZINE. Aku dah mulakan pembikinan projek fanzine ni semenjak November 2015 lagi. Asalnya sekadar blog ni jer untuk arkib ulasan-ulasan dan penulisan berkaitan koleksi punk/hardcore [since aku pun ada komitmen dengan blog EKSTRIM dan zine metal NATHIAS] tapi why not buat jer fanzine terus bila aku ada buat interbiu dengan KROSOT dan idea datang untuk re-publish interbiu lama aku dengan CARBURETOR DUNG [satu-satunya band punk yang pernah feature dalam NATHIAS – isu #2, 1994]. Pembikinannya berkembang tapi terhenti beberapa bulan bila aku terkesan dengan kembalinya ke rahmatullah ayahnda tercinta aku bulan Februari lepas. Sekarang aku dah secara perlahan sambung semula pending tasks terutamanya ruangan rebiu yang mana paling mencabar bagi aku sebagai seorang editor dalam hal-hal membikin fanzine. Terima kasih juga kat kenalan-kenalan blogger yang sudi contribute beberapa interbiu dan rebiu, antaranya Trashnoiser [Noise From Hell] dan Wirama [BawahTanah]. BANGKIT! #1 kira dah 95% siap [draf frontcover macam kat imej atas tu] then harap aku ada cukup modal untuk kerja-kerja printing [fotostat jer] dan publishing. Jangan lupa support nanti ya! Dalam pada tu, kunjungi facebook.com/bangkitzine untuk sebarang informasi dan komunikasi. Terima kasih.

Jumaat, 6 Mei 2016

Rebiu | Angkara – Violation


Angkara – Violation
D-Beat Crust Punk dari Kulim, Kedah. Angkara dalam “Violation” Demo 2014 dianggotai oleh Rizal (gitar/bass/vokal) dan Aziman (dram/vokal). “Violation” yang dirakam dan diadun di Studio Soundmaker, Pulau Pinang (Julai - Ogos 2014) dimulakan dengan sebuah intro panjang 2 minit dan seterusnya 6 buah lagu menjadikan durasi keseluruhan demo CD-R ini menghampiri 15 minit. Dari sudut muzikal, lagu-lagu ciptaan Angkara kedengaran begitu garang dan penuh amarah! Keras dan pedas! Mereka mungkin  mendapat inspirasi dari band seperti Disclose dan Discharge. Kalaulah sound quality lebih menyerlah, demo ini pasti akan menjadi lebih baik. Angkara memiliki potensi yang bagus untuk lebih ke hadapan. Ini suara perjuangan!
facebook.com/angkaraband
angkara.bandcamp.com

Rebiu | Split Tongue – Demo


Split Tongue – Demo
Demo ini diberi percuma sewaktu saya membeli cd serta kaset John Macbaren. Split Tongue dari Shah Alam seakan mahu merahsiakan ahli anggotanya. Hanya disebut angka 1, 2, 3 dan 4  pada setiap pemain instrumen. Difahamkan ini adalah band projek pemain bass John Macbaren bersama beberapa bekas anggota kumpulan VIJF.  Demo ini memuatkan 4 buah lagu termasuklah satu instrumental yang hanya berjudul intro. Muzik Split Tongue adalah Hardcore Punk yang turut disuntik elemen-elemen eksperimentasi dan psychedelic (mengikut pendengaran saya) menjadikan band ini sedikit advance. Kualiti rakaman kedengaran raw dan live membuatkan saya terimbas kembali metod dan produk punk & hardcore old-school 90-an.