Ahad, 22 Mei 2016

Rebiu | HVTAM – Isu #1


HVTAM – Isu #1
40ms / A5 / Bahasa Melayu
Ini adalah isu pertama di mana editornya Encik Jep menganggap sebuah naskah eksperimentasi. Maksudnya satu percubaan untuk menulis, menyuntingkan dan menerbitkan sebuah fanzine sendiri. Dikeluarkan pada Jun 2015, HVTAM #1 ini kandungannya boleh dikata 70% bersifat non-music, di mana editor menulis dan menyiarkan artikel seperti “Tolak Rasisme Sebagai Budaya”, “Kesan Akibat Berhenti Merokok”, “2015 Perang Belum Tamat”, antaranya. Terselit juga 2 – 3 ulasan kaset dan buku. Bahagian paling best dalam isu #1 ini pada aku hanyalah penulisan laporan gig Ipoh Grind Fest Vol.2 [yang berlangsung pada 13 Mei 2015 di Insider Satellite]. Encik Jep bukan sekadar mengupas persembahan band-band di atas pentas, ada juga kisah-kisah backstage yang disentuh. Malah beliau turut melengkap laporannya menceritakan perjalanan, aktiviti apa jua situasi yang dilaluinya sebelum, semasa dan selepas gig. Merealiasikan fanzine ini bagi aku satu usaha terpuji. Jep berani mencabar kebolehan dan kemampuannya biarpun masih banyak ruang untuk beliau ambil tindakan memperkemas dan memadatkan lagi isi-kandung serta keterampilan HVTAM ini. Perlu lebih banyak kajian dan rujukan untuk lebih menyerlah di isu-isu mendatang! Hubungi j3pham@yahoo.com atau facebook.com/misterjep.