Sabtu, 21 Mei 2016

Rebiu | V/A – PENENTANGAN BERTERUSAN



V/A – PENENTANGAN BERTERUSAN ..suara dari Rumah Api dan The Wall!
Kalau boleh saya mahu terus sahaja membuat kesimpulan bahawa kompilasi ini WAJIB dimiliki oleh setiap pencinta muzik Punk / Hardcore tanahair. Bayangkanlah kalau saya sendiri pengamal muzik Metal Ekstrim berasa teruja, bangga dan meletakkan kehormatan yang tinggi terhadap pembikinan dan pengeluaran kompilasi sebegini, tentunya tidak perlu dolak-dalik dari anda yang secara langsung berada dalam scene Punk / Hardcore tempatan untuk menyokong dan menyusunatur “Penentangan Berterusan” di rak koleksi anda. Asasnya bukan sekadar rilisan menjana perolehan membantu dua ruang DIY/punk; Rumah Api dan The Wall yang ditimpa musibah tetapi saya lebih melihat kepada terkumpulnya 17 buah band yang membawa satu mesej yang sama; menentang segala macam bentuk penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Begitu menarik kesungguhan yang ditunjukkan, CD kompilasi ini disertai booklet setebal 28 mukasurat yang padat dengan informasi; biografi ringkas, lirik serta foto-foto band. Artikel berkenaan Rumah Api (Ampang) dan The Wall (Batu Pahat) seperti mana tercetak di kulit utama (4 mukasurat) juga sangat berguna kepada pendengar seperti saya. Secara keseluruhan, kesemua 17 buah band terlibat memberikan yang terbaik dari aspek penulisan lagu, kualiti bunyi [biarpun ada 2 atau 3 band yang agak tidak begitu baik mutu sound mereka namun difahamkan kesilapan pilihan lagu semasa dihantar untuk cetakan] serta penjurusan kepada konsepsual “Penentangan Berterusan”. Band-band seperti Tringle, Sharon Stoned, Benzoate Annihilation Turbo Kids dan Jalan Sehala adalah antara yang paling memikat pendengaran saya. Kesemuanya 31 buah lagu (jumlah durasi 58:57 minit) mewakili kelompok Hardcore Punk Malaysia hari ini. Kudus atas usaha keras 6 label; Nervhous Records, Youth Crime Recordings, 88 Creation Records. Rumah Api Records, The Wall Distributions dan 256 Distro yang merealisasikan kompilasi ini dan saya mahukan volume kedua dan seterusnya dikeluarkan!
facebook.com/YouthCrimeRecordings
facebook.com/nervhousrecords

Ekstensi: Senarai Band / Lagu kompilasi Penentangan Berterusan