Isnin, 29 Ogos 2016

BANGKIT! #2 @ JBDDZF2016


Dapatkan Bangkit! #2 di Johor Bahru Distro Day & Zine Fest, 31 Ogos 2016, Embrace Hall, JB (masuk percuma). Diedarkan oleh Green Peace Distro. Info: fb.com/events/143580272745030.

Senarai Pengedar BANGKIT! #2


BANGKIT! #2 juga terdapat di label-label distro berikut:

GREEN PEACE DISTRO [Johor]
- fb.com/Green-Peace-Distro-828902057131372

RAY YUNUS [Sabah]
- fb.com/shutzine.ray

DDT DISTRO [Selangor]
- fb.com/ddtdistro
- fb.com/nizang

RAUNG RECORDS [Perak]
- fb.com/raung.rekod

ZUATH GENERATION DISTRO [Johor]
- fb.com/ZUATH-Generation-Distro-1695016894043773

NOISE HIPSTER DISTRO [Selangor]
- fb.com/noisehipster.distro

BERANI MUNTAH DISTRO [Sabah]
- fb.com/beranimuntahdistro
- fb.com/beranimuntahrecords

PERAK ALTERNATIF PRESS & DISTRO [Perak]
- fb.com/perakaltdistro
- fb.com/xPAPDx

Senarai distro akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Isnin, 22 Ogos 2016

BANGKIT! FANZINE – Isu #2


Edisi Kedua BANGKIT! FANZINE telah terbit dan mula diedarkan pada 22 Ogos 2016. Interbiu bersama THE BOLLOCKS (highlight), PÏG-KRÜST // BAKTERIA (split interview), BRAINCËLL, KAH KAH CELAKA, NO DISTANCE, SECRET IN DEFENSE, SHARON STONED, SHITNOISE BASTARDS, TARANTULAH, TERSSALAHH dan UPTOSIXTEEN. Ekspos memperkenalkan ABHORSTENCH dan SUDIRRRMAN. Kolum “Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!” menampilkan Pidot & Green Peace Distro. Turut mengandungi rebiu audio dan literatur, artikel serta pelbagai informasi lain. Ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. 60 mukasurat saiz A5, glossy pro-cover.

Harga: RM8 senaskah tidak termasuk kos pengeposan.
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570







Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA untuk yang minat membantu pengedaran Bangkit! Fanzine – sila berhubung!

Khamis, 11 Ogos 2016

Rebiu | SHARON STONED – ..Rebellions, Re-mixed.


SHARON STONED – ..Rebellions, Re-mixed.
Youth Crime Recordings
Ketika saya menerima rilisan berformatkan cd-r ini, saya dimaklumkan “..Rebellions, Re-mixed. Promo 2016.” terhasil ekoran kekecewaan pihak Sharon Stoned terhadap kualiti kaset “The Unfinished Business” (sound agak tenggelam-timbul atau tidak sekata akibat kegagalan pihak pengilang semasa proses penyalinan). Benar, kualiti bunyi promo cd-r ini jauh lebih baik sebagaimana yang mereka mahukan dan memberi satu kepuasan maksima kepada halwa pendengaran. Rilisan ini menampilkan 5 track berkepanjangan 15:03 minit keseluruhannya. Setiap track mengandungi 2 atau 3 buah lagu yang dirampaikan atau lebih tepat disatukan, dimainkan tanpa henti. Saya difahamkan ini adalah konsep dan juga susunatur sepertimana setlist SxS ketika beraksi live dalam kebanyakan sirkit gig yang mereka sertai. Turut dimuatkan sebuah cover lagu asal The Offsping yang dimainkan dalam nuansa hardcore SxS. Ianya cukup menarik. Muzik SxS itu sendiri sarat dan padat dengan olahan riff-riff kencang, menusuk dan membunuh, digubah dan disusun baik merangkumi pelbagai melodi dan tempo menonjolkan lagi aura hardcore sekolah lama bawaan mereka. Bayangkan bagaimana SxS di live stage serta crowd di moshpit.. dengan mainan lagu-lagu yang keras, lasak dan menggila seperti ini pasti suasana akan hiruk-pikuk dengan aksi-aksi berlari, berasak-asak dan melompat tinggi. Saya juga yakin penggemar tegar muzik metal tiada masalah untuk menerima dan nenikmati lagu-lagu SxS yang memiliki injeksi irama thrashmetal yang cukup kuat. Disarankan kalian pencinta scene muzik underground tempatan segera dapatkan rilisan ini kerana ia adalah produk hardcore yang berkualiti kandungannya biarpun fizikalnya sekadar berformatkan cd-r. Mudah-mudahan Briged Hardcore Gombak ini terus kekal lama!.
sharonstonedyouthcrime.bandcamp.com
facebook.com/youthcrime

Rebiu | SHARON STONED – The Unfinished Business


SHARON STONED – The Unfinished Business
Youth Crime Recordings
Tape “The Unfinished Business” menghimpunkan sejumlah 20 buah lagu yang diambil dari beberapa rilisan dan rakaman; “...the unfinished business” promo cd-r 2014, “No one’s young twice, so do your youth right!” demo cd-r 2003, track-track SxS dipetik dari split tape/cd-r bersama Channel X dan live track dari gig Gombak Takeover Pt.1 (2001). Pro-tape berdurasi keseluruhan 37:43 minit ini pada dasarnya sebuah rilisan diskografi sempena keraian 15 tahun eksistensi Sharon Stoned dalam scene hardcore punk tempatan namun lebih penting ia adalah dokumentasi terpenting karier dan karya mereka semenjak awal 2000an lagi. Bagi saya yang memang terlepas begitu banyak rilisan-rilisan SxS sebelum ini, “The Unfinished Business” sesuatu yang amat berharga nilainya untuk saya melihat kembali bagaimana mereka bermula dan dewasa dengan muzik mereka. SxS benar-benar menguasai alunan hardcore old-school kental dan kenyal dari era 80an dan 90an, dipengaruhi band-band hebat irama sedemikian dari sisi Amerika, Eropah dan juga Jepun. Semuanya diadun dengan baik dan dilontarkan penuh bertenaga. Coversleeve rilisan ini turut dilengkapi dengan semua lirik lagu-lagu mereka yang bukan sahaja memberi anda ruang untuk turut sama berdendang bersama mereka tetapi peluang untuk anda memahami apa jua mesej yang mahu mereka sampaikan. Bagi saya, discography tape ini adalah simbol perjuangan SxS. Hari ini, mereka masih teguh di sini meneruskan perjuangan mereka sedang ramai yang seangkatan mereka telah kecundang dan menghilang. “The Unfinished Business” itu sendiri seakan membawa maksud tepat tentang perjuangan SxS, perjuangan yang belum selesai!.
facebook.com/xSharonStonedx
facebook.com/YouthCrimeRecordings

Sampel Halaman BANGKIT! #2






Sepertimana di atas adalah prebiu sampel beberapa halaman daripada keseluruhannya 60 mukasurat yang telah selesai melalui proses rekabentuk dan susunatur. Mastercopy telah siap sedia untuk dihantar ke premis cetakan. Bangkit! #2 dijadualkan rilis tidak berapa lama lagi.

Selasa, 9 Ogos 2016

Rebiu | BRAINCËLL – Mindlock


BRAINCËLL – Mindlock
Self-released
Di kalangan scene tanahair, Braincëll mungkin dilihat sebagai satu nama baru yang muncul mewarnai arena muzik d-beat / crust / hardcore punk tempatan. Pun demikian, ahli-ahli kumpulan ini adalah himpunan pemuzik-pemuzik yang telah agak lama berkecimpung dalam dunia underground, menerusi band seperti Appäratus dan Atomicdeath seperti yang saya kenali. Kaset EP “Mindlock” adalah taruhan sulung dari mereka untuk mula membina dan meletakkan nama Braincëll dalam peta hardcore punk Malaysia. Mereka memang hakikatnya pemuzik-pemuzik yang berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan luas maka itu tidak hairanlah kalau saya mahu katakan memang kualiti muzik d-beat / crust punk garapan Braincëll ini sesuatu yang sukar untuk dipertikaikan. Ini band yang telah benar-benar bersedia menetapkan matlamat band ini tatkala ianya ditubuhkan dan tiada sebarang masalah untuk bergerak lancar di atas landasan halatuju muzikal mereka. “Mindlock” ditaruhi oleh 6 buah lagu (durasi keseluruhan hampir 11 minit) yang cukup lengkap dengan suasana kotor, jahat dan bising tanpa belas irama crust punk, sebahagian besarnya terinspirasi dari semangat yang telah dibawa oleh para lagenda seperti Motörhead, Doom, Discharge, Amebix, Anti-Cimex dan sebagainya. Semuanya kedengaran begitu mengkagumkan; baik dari sudut kocokan-kocokan gitarnya, gema lantunan petikan bass, ketukan dram sekata yang menghentam begitu juga teriakan-teriakan berkahak dari vokalis mereka. Saya hilang kata-kata untuk terus berbicara tentang rilisan EP ini kerana mengikut perkiraan saya ianya cukup sempurna sebagai sebuah produk hardcore punk berprofil tinggi. Braincëll tiada sebarang kekurangan untuk berada dalam kelompok band d-beat / crust terbaik di negara ini dan mereka perlu sentiasa ada dalam radar pemerhatian anda. Amat disyorkan!.
facebook.com/braincell.crust
braincell-crust.bandcamp.com

Rebiu | HELLEXIST / THE BOLLOCKS – Split EP


HELLEXIST / THE BOLLOCKS – Split EP
Broken Noise Records
Hasrat menemukan dan menyatukan dua band punk berpengaruh dari dua era berbeza menjadi intipati kepada pengeluaran split EP ini. Hellexist dan The Bollocks masing-masing menghadirkan dua buah lagu karya terbaharu mereka secara langsung mempertingkatkan lagi kadar kemestian split berformatkan pro-tape ini perlu dimiliki. Hellexist tampil dengan lagu Genocide (3:55) dan Breed 2 (3:56) sedikit-sebanyak mengubat kerinduan untuk mendengar kembali dentuman-dentuman berat dan kelam blackened crust hardcore sepertimana mereka hidangkan dalam album “Age Of Death” kira-kira 3 tahun yang lalu (dikeluarkan pada 2013). The Bollocks menyediakan lagu All Its Said (2:52) dan We Are The Victims (3:07) seakan keseinambungan kepada kehebatan motorcharged hardcore punk yang mereka tonjolkan dalam album “Society Collapse”. Ini himpunan lagu-lagu punk yang lebih terkini, lebih segar, lebih digilap dan lebih mantap penghasilannya dari kedua-dua band yang tidak perlu lagi dijadikan tandatanya tentang kredibiliti mereka sebagai penjana muzik punk terbaik di negara ini. Highly recommended.
facebook.com/hellexist666
facebook.com/The-Bollocks-110977015614434
facebook.com/brokennoiserec

Rebiu | THE BOLLOCKS – Demo 1994 (reissue)


THE BOLLOCKS – Demo 1994 (reissue)
Green Peace Distro
Saya melihat kepentingan rilisan semula Demo 1994 karya The Bollocks ini dari sudut nilai sejarahnya. Saya percaya ramai antara kita hanya mengetahui permulaan karier band punk asal Kuala Pilah ini menerusi keluaran piringhitam 7 inci “My Friend” (Tian An Men 89 Records, 1996) tanpa menyedari ujudnya demotape mereka yang terlebih dahulu diriliskan sekitar tahun 1994. Hakikatnya, Demo 1994 itulah yang mendorong kepada tawaran dan pengeluaran 7" EP tersebut. Kesemua lagu dari demo dimuatkan dalam 7" dengan tambahan lagu Obat. Terima kasih kepada The Bollocks dan label pengeluar Green Peace Distro yang membawa kembali rilisan bersejarah ini ke pasaran hari ini dan seterusnya memberi peluang kepada generasi masakini terutamanya mengenali detik-detik terawal kehuru-haraan punk rock ciptaan The Bollocks dan bagaimana puncanya fenomena Chaos KP. Antara perkara-perkara yang paling menarik tentang reissue demo ini ialah mengekalkan konsep cover asal demo tersebut (dengan penambahan gambar-gambar lama band pada inlay), material audio diberikan proses remastered oleh pihak The Bollocks sendiri (oleh Tom) bagi menyerlahkan kembali kualiti bunyinya agar kedengaran segar sepertimana asal ia dikeluarkan dan paling tidak diduga ianya diedarkan pada harga hanya RM5, satu kadar harga yang seakan tidak masuk akal berbanding peningkatan berlipat ganda kos hidup hari ini. Rilisan ini sesuatu yang tidak patut dilepaskan oleh semua penyokong muzik underground tempatan kerana saya percaya ia tidak akan lagi berulang dan ini (mungkin) satu-satunya peluang terakhir anda untuk memperolehi rilisan yang menoleh kembali keujudan The Bollocks kira-kira 22 tahun yang lalu.
facebook.com/The-Bollocks-110977015614434
facebook.com/Green-Peace-Distro-828902057131372

Isnin, 8 Ogos 2016

HC PUNK DALAM HIDUP KU!

Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan. Ini tagline Bangkit! Fanzine. Ketiga-tiga perkataan ini bukan sahaja berkait-rapat dalam satu aspek tetapi juga memiliki makna dan tafsiran yang lebih luas dalam pelbagai sudut; pada diri seseorang dan persekitaran hidup ini. Aku berhasrat untuk menjadikan kolum ini ruangan tetap dalam setiap isu Bangkit!. Untuk edisi pertama ini aku menjemput saudara Benny Pangazou menulis...


Salam sejahtera para pembaca sekalian. Nama aku Ben atau juga dikenali dengan nama pena aku Benny Pangazou. Well, Pangazou tu bukan nama bapa aku mahupun nama keluarga aku. Pangazou tu adalah nama gelaran bagi pemburu kepala bagi pahlawan kadazan pada zaman dahulu meskipun aku bukan kadazan dan berbangsa rungus norway, tapi dalam bahasa rungus pun Pangazou mempunyai makna yang sama iaitu pemburu kepala. Aku pakai nama tu sebab aku suka benda-benda yang berkait dengan ritual, mistik dan juga budaya tapi itu tidak bermakna aku seorang pengamal ilmu hitam!. Aku ada menjalankan satu record label dan juga mini distro yang bernama DIAKI NU RECORDS & DISTRO yang dulu dikenali dengan nama Headhunter Records. Aku juga merupakan penulis zine Choosing Path yang kini baru menginjak isu ke-2. Aku juga merupakan seorang pemain gitar dan vokalis untuk kumpulan band kelakar yang bernama Con-Damn The Corruptor. Ok ini bukannya ruangan untuk memperkenalkan diri diri tapi ruangan ni untuk berkongsi cerita tentang punk!. Mau berkenalan nanti kau boleh kontek aku di facebook atau whatsapp.

Ok aku sebenarnya bukannya seorang pakar layak untuk menceritakan apa benda yang dipanggil punk ni tapi aku akan cuba kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang aku mengenali benda alah punk ni. Punk datang pada seseorang itu dalam banyak cara dan setiap orang itu ada pembawaannya tersendiri dan cara dia berfikir sebab punk ianya adalah idea dan bukannya sesuatu yang ada tertulis di dalam mana-mana kitab. Baik-buruknya punk itu bergantung pada kau. Aku pada asalnya cumalah seorang budak biasa yang selalu menjadi mangsa buli di mana-mana saja. Aku juga minat pada kumpulan band yang mengangkat imej belah tengah masa tu macam New Boyz, Boboi, Westlife dan macam macam lagi. Aku kenal benda punk ni daripada seorang kawan aku yang bernama Deden. kalau mau tau lebih lanjut pasal dia kau boleh sembang dengan aku di whatsapp atau facebook. Daripada dia aku mula baca zine dan juga dengar band band yang sudah semestinya kau tidak akan dengar di media mainstream pada masa itu dan waktu itu adalah sekitar 2003. Tapi walaupun begitu aku juga sangat meminati muzik metal dan band metal pertama yang aku kenal adalah Pantera!.

Masa berlalu pantas akhirnya kawan aku tu tadi pindah ke Penang untuk bersekolah di sana dan bila dia sudah tiada bermakna sudah tiada la punk dalam hidup ini. Tapi mungkin sudah jodoh aku dengan punk ni selepas kawan aku tu pindah, aku bertemu lagi dengan kawan yang lain dan berkongsi minat yang sama dan keadaan ini berlarutan sehinggalah hari ini. Dan apa yang kamu nampak pada aku hari ini adalah hasil tinggalan kawan aku 10 tahun dulu... tapi jangan ingat yang aku ni punk yang diprogram yang harus ikut begini dan begitu kerana aku mencorakkan punk mengikut acuan hidup aku sendiri. Dalam punk ni kau boleh pilih untuk mengambilnya secara serius, suka-suka, ataupun part time. Secara serius di sini bermaksud mengaplikasikannya di dalam kehidupan ko sehari-hari... suka-suka pula maksudnya cuma minat pada muziknya sahaja... manakala part time pula minatnya itu bermusim... bila nampak kawan aktif balik ber-punk dia pun sibuk mau ber-punk tapi bila kawan sudah hilang maka secara automatiknya dia pun hilang juga dan kembali ke kehidupan normalnya ataupun dia akan pergi ke budaya lain macam skins, metal, indie, hip hop dan banyak lagi dan golongan part time inilah yang orang sebut poser.  Bagi aku, poser ni adalah normal sebab ianya adalah salah satu proses pembelajaran hidup dan mencari jati diri. Tidak payah mau fuck diorang sangat sebab yang poser ni juga yang beli stuff-stuff band kau!. Dan kau harus ingat yang satu masa dulu pun kau juga pernah berada di tempat diorang. So tugas kau adalah membimbing budak-budak tu bukan mencerca diorang.

Dalam punk ni aku belajar banyak perkara ada yang baik dan ada yang buruk. Well, standard la kan budaya punk ni ciptaan manusia memang ada slack-nya. Tapi kau sebagai manusia mesti pandai menilai mana yang baik mana yang buruk. Dan melalui punk ni juga aku melihat dunia ini dari sudut yang berbeza. Aku belajar untuk tidak mendiskriminasikan kaum lain kerana aku juga pernah didiskriminasi oleh kawan-kawan aku dulu hanya kerana aku berlainan bangsa dari diorang dan menganggap bangsa diorang adalah bangsa yang standard!. Pergi mampus kau dengan pride kau tu tidak ingin aku punya kawan macam kau. Punk mengamalkan semangat equality atau kesamarataan. Dalam punk semua manusia itu sama tiada mulia tiada hina semua sama rata kerana samada kau hitam atau putih mahupun kelabu taik itik kau tetap seorang manusia yang dicipta oleh Tuhan dari nenek moyang kita nabi Adam dan isterinya Hawa melainkan kau bertuhankan charles darwin maka kau adalah dari golongan monyet!. Tapi monyet pun hidup bermasyarakat so apa sebabnya kau mesti hidup berpuak-puak?.

Punk mengajar aku supaya jangan percaya pada politik dan juga ahlinya sebab semua yang keluar daripadanya adalah palsu dan penuh dengan penipuan.  Percaya ka kau kalau kerajaan cakap diorang mau hapuskan kemiskinan di negara ni? Tidak! Aku tidak percaya sebab bila semua rakyat sudah kaya dan senang, rakyat sudah tidak perlukan lagi kerajaan dan tidak akan mengharapkan kerajaan lagi. Kerajaan cuma akan bagi “gula-gula” saja supaya kita akan terus berharap pada diorang. Lepas tu muncul lagi parti baru kononnya untuk membela nasib rakyat tapi 2x5 ja kehkehkeh!. Aku tidak pernah percaya pada politik dan ahlinya!.

Aku juga belajar untuk menjadi diri aku sendiri. Aku sebenarnya tidak berapa memikirkan sangat pasal fesyen punk ni walaupun itu juga adalah salah satu sebab aku tertarik pada budaya serpihan ni. Tapi setiap kali bila aku pakai dressing punk, ada satu perasaan yang muncul dalam diri aku iaitu KEYAKINAN! Aku rasa aku la yang paling hensem saat mengenakan battle jacket dan boot. Aku rasa inilah aku! Tapi bukan bermakna aku akan berpakaian begitu sehari-hari. Aku akan sesuaikan dengan keadaan juga sebagai contoh adalah tidak rasional untuk aku berdressing punk hanya untuk membeli garam dan kicap di kedai runcit cukup la sekadar berseluar pendek, baju band dan selipar jepun jangan dilupa wallet sekali sebab walau kau punk macamana pun, kalau kau tidak bawa duit kau tidak akan dapat membeli kicap dan garam itu. Aku hanya akan berdressing punk bila aku rasa aku mau saja.

Punk juga merupakan kasih sayang bak kata Pisschrist PUNK IS LOVE!. Kau ingat punk tu tiang lampu ka? Punk pun manusia juga macam kau ada perasaan ingin disayangi, menyayangi, geram, marah dan macam-macam lagi. Sebab tu wujudnya aktiviti macam food not bombs, buku jalanan, d.i.y workshop dan macam-macam lagi. Itu adalah satu tindakan yang menunjukkan yang punk peduli pada masyarakat sekeliling. Saat seseorang itu kelaparan tanpa makanan disebabkan kemiskinan, food not bomb muncul menghulurkan makanan. Saat orang itu kehausan ilmu akibat tidak mampu bersekolah, muncul buku jalanan. Saat orang itu mempunyai bakat tapi dia tidak tau apa yang boleh dilakukan pada bakatnya itu, muncullah d.i.y workshop untuk mengajar kemahiran pada yang memerlukan. Ilmu bukan untuk didagangkan, ilmu adalah hak setiap manusia dan makanan juga adalah hak setiap orang samada kau orang kadazan atau orang mexico bila kau lapar kau akan cari makanan dan bila kau ada rezeki yang lebih apa salahnya kau kongsi dengan orang yang memerlukan? Kalau kau kongsi, orang lain gembira kau pun dapat pahala insya-Allah rezeki kau akan bertambah. Ini pun mau aku ajar ka?.

Dalam punk ni aku dapat ramai kawan hampir seluruh dunia la senang cakap. Dari kawan sekampung, KK, Kedah, Johor, KL, Penang, Ipoh, Kuala Pilah, Norway, Sweden, Bulgaria, Beijing, Seoul, Tokyo semua la, aku dapat kenalan dari punk ni la. Aku yakin budak clubbing tidak ada kawan yang ramai macam aku. Kau pernah rasa ka berbual, lepak, minum kopi dengan line-up band yang power? Ataupun bergurau senda sambil ketawa guling guling dengan vokalis band yang kau minat? Dalam punk ja kau akan rasa benda-benda yang siok tu tanpa perlu ada VIP PASS apa lancau semua tu. Tidak perlu menang pertandingan untuk duduk di backstage bersama artis tu. Kau siap boleh beli stuff/material direct face to face dengan tuan punya band lagi tau. Dalam punk tiada jurang antara peminat dan band!. Yang ada cuma persahabatan yang saling menyokong yang membuatkan kau kuat menempuh hidup ni. Bila aku pergi gig atau acara yang bersangkutan dengan punk ni aku mesti jumpa kawan-kawan lama dan baru dan lama kelamaan aku rasa semua adalah family aku dan aku berada di dunia yang lain dan inilah yang membentuk komuniti. Mau join dengan budak punk ni tidak payah mau bayar yuran ahli ataupun menyerahkan keperawanan kau sebab punk bukan kumpulan gengster atau kumpulan terancang. Mau join budak punk cuma bawa diri, akal fikiran dan semestinya hormat itu adalah kuncinya. Paling penting jangan rasis sebab punk terima kau seadanya tanpa mengira latar belakang kau dan punk untuk semua.

Dalam punk juga aku juga belajar untuk menghormati pandangan orang lain dan tidak memperlekehkan orang lain. Sukahati kau la dengan kau punya ideologi asal kau tidak menyusahkan orang lain dan aku, teruskan saja tapi kalau apa yang kau buat tu salah aku kena tegur kau juga sebab aku berada dalam kategori jiran yang baik dan mengambil berat... bukan untuk aku tapi untuk diri kau sendiri juga.

Banyak lagi yang aku mau tulis sebenarnya ni tapi nanti kalau aku tulis panjang-panjang risau pula aku zine ni akan ter-split dengan tulisan abang Pian pula kehkehkeh aku cuma penulis jemputan ja dan aku berterima kasih pada abang Pian sudi jemput aku dalam zine dia ni. Kau pula lepas ni jangan asal nampak ja budak punk terus chop budak punk ni jahat siapa tau dia tu jaga solat dan selalu tolong mak dia di rumah jangan asal nampak orang berserban tu terus chop orang tu warak sedangkan pikor dragon ball tu selalu berserban pun tapi tidak pernah solat tau. Jaga diri hindari nyamuk aedes. Tiada aedes tiada denggi!.

Teks oleh Benny Pangazou [4 Februari 2016]
Emel: mohdaidil.pangazou.pulianabdul@gmail.com
Facebook: facebook.com/benny.pangazou
WhatsApp: 011-2535525

NOTA: Sepertimana disiarkan dalam BANGKIT! #1.

Jumaat, 5 Ogos 2016

BANGKIT! #2 dalam pembikinan!!


BANGKIT! FANZINE #2 pada masa ini berada di fasa-fasa terakhir pembikinannya dan bakal diterbitkan tidak berapa lama lagi. Jangkaan: penghujung Ogos atau sekitar September 2016. Dek kerana keterujaan melampau dan luar kawalan (hahaha!), edisi kali ini akan berketebalan 60 mukasurat (kira dah langgar penetapan 40 mukasurat setiap isu sepertimana yang aku tulis dalam editorial Bangkit! #1 tempohari). Pedehal kan.. Bangkit! perlu “bebas” dari terikat pada sebarang peraturan dan paling mustahak, aku gembira melakukannya bukan sahaja unuk kepuasan diri sendiri malah untuk kepuasan maksima para pemilik & pembaca zine ni nanti.

Kat atas tu aku dedahkan frontcover untuk Bangkit! #2. Band-band yang akan dipaparkan kali ni termasuklah The Bollocks (highlight), Pïg-Krüst / Bakteria (split interview), Braincëll, Kah Kah Celaka, No Distance, Secret In Defense, Sharon Stoned, Shitnoise Bastards, Tarantulah, Terssalahh, Uptosixteen serta ruangan baru Ekspos mengetengahkan Abhorstench dan Sudirrrman. Terimakasih kepada beberapa kontributor; Madi (Raung Records) dan Trashnoiser (Noise From Hell) yang turut menyumbangkan penulisan untuk edisi kedua ini. Pidot dari label Green Peace Distro akan ditampilkan dalam kolum Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan!.

Agak terkilan aku terpaksa menarik keluar beberapa rebiu (both audio & literature reviews) yang telah dibuat (terdapat dalam blog ini) disebabkan space yang tidak mencukupi bagi memberi laluan kepada penyiaran interbiu band-band yang mana kali ni hampir setiap band memberi respon yang baik (jawaban yang panjang lebar dan mendalam). Rebiu-rebiu yang tidak dimasukkan akan ditunda ke Bangkit! #3 nanti.

Ok lah, ni aje aku nak maklum tentang pembikinan Bangkit! Fanzine #2. Harap aku dapat siapkan beberapa final things dengan cepat dan paling penting ada cukup modal untuk proses printing/copying nanti. Bangkit! – facebook.com/bangkitzine

Rebiu | SUDIRRRMAN – Fast Is Fun


SUDIRRRMAN – Fast Is Fun
Windows & Attics
Sepertimana John Macbaren yang lebih terdahulu diulas, Sudirrrman yang juga berpengkalan di Seremban, Negeri Sembilan turut memperjuangkan konsep muzikal yang serupa iaitu Fastcore. Dalam Demo 2016 “Fast is Fun” ini, Sudirrrman menyajikan 8 buah lagu (termasuk intro) keseluruhannya berdurasi lebihkurang 5:40 minit. Sesi rakaman berlangsung di Atoi Studio di mana pada hemat saya direkod secara live. Meskipun bukan rakaman profesional, hasilnya masih pada tahap yang baik. Permainan muzik mereka begitu pantas, cepat dan berakhir dalam jangkamasa yang singkat. Penyampaian vokal juga jeritan-jeritan berkelajuan tinggi namun pendengar tidak perlu risau kerana rilisan ini turut memuatkan lirik-lirik lagu (disertakan sekali penerangan ringkas intipati setiap lirik). Sudirrrman sebuah band yang seakan memahami bagaimana sewajarnya Fastcore dimainkan; raw dan oldschool.
facebook.com/sudirrrmanpunk
facebook.com/windowsandattics
windowsandattics.wordpress.com