Khamis, 11 Ogos 2016

Rebiu | SHARON STONED – The Unfinished Business


SHARON STONED – The Unfinished Business
Youth Crime Recordings
Tape “The Unfinished Business” menghimpunkan sejumlah 20 buah lagu yang diambil dari beberapa rilisan dan rakaman; “...the unfinished business” promo cd-r 2014, “No one’s young twice, so do your youth right!” demo cd-r 2003, track-track SxS dipetik dari split tape/cd-r bersama Channel X dan live track dari gig Gombak Takeover Pt.1 (2001). Pro-tape berdurasi keseluruhan 37:43 minit ini pada dasarnya sebuah rilisan diskografi sempena keraian 15 tahun eksistensi Sharon Stoned dalam scene hardcore punk tempatan namun lebih penting ia adalah dokumentasi terpenting karier dan karya mereka semenjak awal 2000an lagi. Bagi saya yang memang terlepas begitu banyak rilisan-rilisan SxS sebelum ini, “The Unfinished Business” sesuatu yang amat berharga nilainya untuk saya melihat kembali bagaimana mereka bermula dan dewasa dengan muzik mereka. SxS benar-benar menguasai alunan hardcore old-school kental dan kenyal dari era 80an dan 90an, dipengaruhi band-band hebat irama sedemikian dari sisi Amerika, Eropah dan juga Jepun. Semuanya diadun dengan baik dan dilontarkan penuh bertenaga. Coversleeve rilisan ini turut dilengkapi dengan semua lirik lagu-lagu mereka yang bukan sahaja memberi anda ruang untuk turut sama berdendang bersama mereka tetapi peluang untuk anda memahami apa jua mesej yang mahu mereka sampaikan. Bagi saya, discography tape ini adalah simbol perjuangan SxS. Hari ini, mereka masih teguh di sini meneruskan perjuangan mereka sedang ramai yang seangkatan mereka telah kecundang dan menghilang. “The Unfinished Business” itu sendiri seakan membawa maksud tepat tentang perjuangan SxS, perjuangan yang belum selesai!.
facebook.com/xSharonStonedx
facebook.com/YouthCrimeRecordings

Tiada ulasan:

Catat Ulasan