Jumaat, 27 Januari 2017

Interbiu | PANGGUNG CERITA : 26.01.2017


Introduksi: Panggung Cerita, sebuah ensembel gitar rancak dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Penglipurlara. | Deskripsi: Kuartet muzikal bernuansakan folk pop-rock moden yang santai. Bermula dengan nama Penglipurlara dari awal 90-an lagi dengan seleksi karya-karya sendiri yang tidak diperdengarkan ke khalayak umum. Setelah tempoh hibernasi yang agak lama, akhirnya inisiatif untuk kembali aktif digerakkan semula dengan beberapa sesi latihtubi, yang kemudiannya disusuli dengan proses rakaman EP bermula sekitar 2015 hingga siap sepenuhnya pada pertengahan 2016. | Pemuzik: Ari – bass / Asry – drum / Rostam – gitar / Ameer – vokal // Turut mendokong: Azmeer – keyboards / Shafik - vokal latar | Interbiu bersama Ary Fakir

Kongsikan ringkas sejarah penubuhan Panggung Cerita dan sedikit latarbelakang anggota kumpulan ini?
Kami bermula di sekitar tahun 1994, di Wasiat Studio Kompleks Wilayah.. dari sesi jamming sampai ke penubuhan Penglipurlara (nama asal Panggung Cerita) di mana anggota asal terdiri daripada 4 orang pemuzik; Aryfakir, Tam, Asri dan Arome (vokal asal). Ditubuhkan kerana kami mempunyai kecenderungan yang sama berekperimentasi dengan muzik yang baru ketika itu (meskipun pada masa yang sama masing-masing) semuanya ada projek sendiri.. tetapi Penglipurlara itu satu impian kecil kami bersama. Setelah projek kami disambung semula kami menemui vokal yang baru iaitu saudara Izat (Amer Sohaime) setelah Arome tidak dapat meneruskan perjuangan ini kerana sibuk dengan binesnya sendiri. Dengan kemasukan vokal baru ini kami mendapat inspirasi baru dalam ruang berkarya.

Apa yang tersirat di sebalik nama Panggung Cerita? Mengapa berubah nama dari Penglipurlara?
Penglipurlara menukar nama ke Panggung Cerita kerana ketika kami menghidupkan kembali projek pada 2015 sudah ada grup lain menggunakan nama Penglipurlara. Yang tersirat di sebalik nama Panggung Cerita Cuma pada falsafah asal konsep penceritaan lirik dalam lagu.. jadi Panggung Cerita kami pilih sesuai dengan konsep.

Berikan sebanyak mungkin maklumat mengenai pembikinan, kandungan dan pengeluaran EP2016?
Pembikinan EP Panggung Cerita bermula awal tahun 2015 / 2016 di mana kami dipelawa oleh saudara Azmeer untuk memulakan proses rakaman dalam bentuk digital kembali di studio miliknya Frog Studio. Akhirnya penghujung 2016 EP pertama kami berjaya disiapkan. Setelah berbincang kami menubuhkan syarikat Panggung Cerita Muzik bertujuan memasarkan karya kami secara tersusun.


Diriliskan pada 14 Disember 2016 | PANGGUNG CERITA – Satu Cerita (EP2016). Rilisan CD pertama Panggung Cerita telah dikeluarkan dan Terisi dengan 5 komposisi muzik santai buat mengubati gundah-gulana dan kegusaran dalam hari-hari anda. Senarai lagu: 1. Satu Cerita / 2. Lalu-Lalang / 3. Apa Khabar Tuan Puteri / 4. Lenggok Mak Limah / 5. Taman | Buat anda yang berminat untuk mendapatkan CDEP ini, bolehlah berhubung di facebook / instagram ataupun whatsapp ke 017-3405485 (Ameer). Harga mampu milik RM15 sahaja (+RM3 untuk kos pos).

Apakah tafsiran paling tepat untuk muzik bawaan Panggung Cerita?
Panggung Cerita ingin bebas berkarya dengan rasional dan mempunyai susunatur berdasarkan CERITA KITA WAJAH KITA.

Nyatakan artis dan kumpulan muzik yang banyak menjadi rujukan atau mempengaruhi pembentukan muzik Panggung Cerita?
Influence muzik Panggung Cerita banyak terdedah dengan lagu tempatan dan luar negara. Contoh muzik tradisional kita dari gubahan Zubir Said, P. Ramlee, SM Salim serta moden seperti Kembara, Zainal Abidin, Iwan Fals dan Ebiet G. Ade manakala luar negara seperti Led Zeppelin, The Beatles, Duran Duran dan The Police.

Apa skop penulisan lirik lagu-lagu Panggung Cerita dan rangkuman mesej yang hendak disampaikan?
Mesej utama tentang keamanan, kasih sayang dan cinta.

Ceritakan sedikit tentang video muzik “Apa Khabar Tuan Puteri”?
Video clip baru je siap pertengahan bulan Januari yang lepas. Dibuat di Studio Ruang Irama, Ara Damansara milik Zahar Pitahati. Diarahkan saudara Azmeer dan kami bersama. Sinopsis kisah tentang kehilangan seorang serikandi negara dalam nahas kapalterbang. Baru dilancarkan pada 25hb Januari 2017.


Dilancarkan pada 25 Januari 2017 | Video Muzik Rasmi pertama daripada Panggung Cerita untuk lagu ‘Apa Khabar Tuan Puteri’. Karya bertema melankolik tetapi optimis dan segar ini merupakan trek ketiga dipetik dari EP2016 – rilisan rasmi pertama Panggung Cerita. Lagu & Lirik : Ary / Gubahan Muzik : Panggung Cerita | youtu.be/jk5MzU_7HKY

Adakah Panggung Cerita aktif menyertai persembahan pentas?
Kami aktif membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur.. yang terakhir di Rantai Art Festival 2016 di IM4U Sentral, Puchong.

Apa halatuju dan rancangan Panggung Cerita di masa hadapan?
Halatuju dapat melahirkan album pada hujung tahun ni.. inshaallah kami mahu terus berkarya selagi diizinkan.

Mengapa disarankan pendengar muzik independen tempatan segera dapatkan EP2016? Bagaimana caranya hendak dapatkannya?
Panggung Cerita adalah band yang menerapkan unsur eksperimentasi yang rasional yang akan sentiasa segar dengan bunyian baru untuk masa depan, inshaallah. Bagi mereka yang meminati genre folk pop boleh la dapatkan EP kami Panggung Cerita berjudul “Satu Cerita” Silalah lawat facebook page kami Panggung Cerita atau instagram (untuk maklumat mendapatkan EP tersebut).

soundcloud.com/panggungcerita

Nota: Interbiu di atas akan disunting dan diolah semula dalam bentuk artikel untuk dimuatkan dalam ruangan "ekspos" edisi Bangkit! Zine akan datang.

Rabu, 11 Januari 2017

BANGKIT! @ The Ricecooker Archives


Empat (4) keluaran Bangkit! Fanzine setakat ini, termasuk 1 edisi khas KLZF2016 telah dimasukkan ke dalam album: Archive Contributions 2017 [dalam The Ricecooker Archives] pada 10 Januari 2017 dengan catatan seperti berikut:

BANGKIT! fanzines; issue #1, #2, #2.5 & the recent #3.

currently the most active fanzine detailing the local punk scene from the perspectives of a veteran metalhead who used to run the NATHIAS fanzine in the 90s. 

order: https://www.facebook.com/bangkitzine/

Terima kasih kepada bro Joe Kidd (Aedes zine / Carburetor Dung / Alternative Age Entertainment / etc) dan juga The Ricecooker Archives. Up the punx!!!

Ahad, 1 Januari 2017

BANGKIT! FANZINE – Isu #3


Selamat Tahun Baru! Edisi Ketiga BANGKIT! FANZINE telahpun terbit dan beredar pada 1 Januari 2017. Pengeluaran isu kali ini sedikit tersasar dari perancangan awal untuk diriliskan sebelum/pada Chaos in Rumah Api #4 (23 – 25 Disember 2016). Pun demikian, meskipun sedikit tertunda, kandungannya tetap segar, malar dan semestinya padat dengan pelbagai pengisian dan maklumat terkini scene Hardcore Punk tempatan.

BANGKIT! #3 menampilkan wawancara eksklusif bersama crust thrasher ATOMICDEATH yang dipilih sebagai highlight untuk isu kali ini. EXPLICIT, NOT THINGS!, WÄRFEAR, ACID DISTORTION, LOSST, xTOLAKKOKx, WEOT SKAM dan TIKAMxLARI turut mengisi slot-slot temubual dalam edisi ke-3 ini. Beberapa penulisan artikel juga disiarkan, termasuklah suntingan terkini rencana “Ada Apa Dengan Rumah Api?” di bawah kolum Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan! serta liputan gig “High Life vol.1” yang telah dilangsungkan di Rainhouse, Ipoh pada 3 September 2016 lalu. Banyak lagi yang dapat anda baca dalam isu ini merangkumi 14-mukasurat seksyen ulasan CD, kaset dan zine serta 3-mukasurat segmen informasi. Ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu / 60 mukasurat / saiz A5 / glossy pro-cover.

Harga: RM8 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM1 pos biasa
+ RM4 pos daftar / pos ekspress
+ RM7 poslaju Semenanjung / RM11 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570







Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA untuk yang minat membantu pengedaran Bangkit! #3 – sila berhubung!