Sabtu, 21 Mei 2016

Rebiu | Dum Dum Tak / Always Last – Split CD


Dum Dum Tak / Always Last – Split CD
Cakera Padat ini keluaran bersama Nervhous, Crysis dan Tenzenmen Records. Sewaktu diriliskan sekitar Oktober 2012, ia dikatakan rilisan susulan kepada Dum Dum Tak “Hentikan Penindasan”  CD dan Always Last “Antidotes” CD, produk-produk best selling Nervhous Records ketika itu. Dum Dum Tak dan Always Last pada asasnya berdiri atas intipati yang sama iaitu Punk Rock namun jika diteliti keduanya sedikit berbeza dari sudut sub-genre. Dum Dum Tak mengetengahkan 6 buah lagu bernuansa-kan Hardcore Punk yang agresif, straight-forward, keras dan telus. Mereka cukup berani dan tanpa perlu berselindung membentangkan isu-isu politikal dan permasalahan sosial dalam nada yang cukup pedas. Inilah bentuk muzik punk yang saya gemari; tidak perlu putar-belit, tepat terus ke muka dalam penyampaian mesej-mesej mereka. Penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam penulisan lirik memberikan kelebihan kepada Dum Dum Tak. Enam lagu selanjutnya dari pihak Always Last bagi saya jatuh di bawah kategori Pop-Punk. Band asal kotaraya Kuala Lumpur ini mementingkan kekuatan melodic, unsur catchy dan permainan gitar yang kemas dalam penulisan lagu. Benar, lagu-lagu Always Last kedengaran menarik dan menangkap, digubah dan disusun dengan baik. Kemantapan vokal turut memperlihatkan betapa bagusnya band ini. Kesemua lagu Always Last adalah dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk mendapatkan CD berdurasi lebih 32 minit ini adalah amat berbaloi kerana split ini memang perlu ada dalam rak koleksi anda!